Ada penduduk di Brazil yang memang penyedia perkhidmatan elekrik yang hampeh. So mereka mengambil inisiatif untuk membuat lampu mereka sendiri. Tetapi lampu ini memang tidak menggunakan elektrik langsung. :P Sangat menarik dan creative. :) Sepatutnya kita semua dah lama guna sahaja cahaya matahari ini. Bagus. Kita perlukan orang yang kreative-kreative macam ni dalam dunia supaya benda yang kita buang tiap-tiap hari boleh dijadikan benda yang bermanfaat kepada kehidupan harian kita. :)
Caiyok... tengok ni.. dan cuba buat kat rumah.Lampu ini menyamai 50w metol. :)
Random Messages for Randoms
I just write whatever I feel like writing. I also copy some other information from websites with references of course.
Monday, 10 October 2011
Monday, 21 February 2011
Bersedekahlah
Hadis dari Abu Dzar r.a. bahawa Rasulallah SAW yang bermaksud,
“Tidak ada lain dari anak Adam itu sedekah pada tiap-tiap hari yang naik matahari padanya.” Bertanya para sahabat, “
"Dari mana datangnya harta untuk kami bersedekah wahai Rasulallah?”
Sabda Nabi, “Bahawa pintu-pintu kebajikan itu banyak; Tasbih, Takbir, Tahlil, Amar makruf dan nahi (mencegah) mungkar, membuang duri di jalan, mendengar orang pekak, menunjuk jalan kepada orang buta, menunjuk arah perjalanan kepada yang meminta ditunjuk, memberi air minuman kepada yang dahaga, menolong meringankan beban orang yang tidak berdaya. Semua itu sedekah bagi diri kamu.”
Malah dalam riwayat yang lain menambah, “Senyum anda terhadap saudara anda adalah sedekah.” (Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi)
Subscribe to:
Posts (Atom)